Radin: Bukan tumpang Ayda Jebat, saya penyampai radio dan TV






SHAH ALAM, 2 Jun — Penyampai radio Radin Amir Effendi tidak sedikit pun terganggu jika namanya terus dikaitkan dengan pelakon Ayda Jebat.

Radin, 27, berkata hakikatnya namanya kini sudah dikenali apabila bergelar penyampai radio dan pengacara dalam sebuah program televisyen di Astro.

“Apa orang nak cakap saya tidak kisah. Orang boleh cakap apa yang mereka nak tetapi alhamdulillah saya bekerja di stesen radio nombor satu Malaysia, Era FM.

“Saya juga ada muncul di TV. Secara tidak langsung ini menguatkan lagi saya berada dalam industri,” katanya kepada ProjekMMO.

Dinobatkan sebagai penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Radin menewaskan DJ Lin (Suria), Johan (Era), Ikhwan dan Haiza dari Kool FM.

Radin mengendalikan segmen malam Super 40 Era dan juga menjadi pengacara rancangan PM Live dari Isnin hingga Jumaat, 12 tengahari di Astro Ria.

Mengulas mengenai hubungan semasa dengan Ayda, Radin berkata mereka masih berkawan seperti biasa.

“Saya tidak mahu komen kerana takut pihak lain terasa. Tiada apa yang berlaku pun kerana saya dan Ayda masih lagi berkawan. Kami masih lagi berhubung.

“Tentang soal cinta, saya dengan Ayda dari dulu pun memang berkawan. Kami pun tidak pernah umumkan kami bercinta.

“Dia dengan Redza Rosli bagus alhamdulillah kerana mereka sudah rapat dan saling mengenali, jadi kita doakan yang baik saja,” katanya.

SUMBER : www.projekmm.com


Comments