PENYAMPAI radio, Radin atau nama
sebenarnya Radin Amir Affendy, 28, menafikan gosip mengenai dirinya
dikaitkan dengan penyanyi, Amira Othman.
“Kami
memang kenal rapat dan dah berkawan lama. Saya juga dah kenal ahli
keluarganya tapi ia adalah sekadar kawan biasa dan tak lebih dari itu,”
katanya kepada Harian Metro.
Tambah penyampai Era itu, dia juga menolak kenyataan beberapa netizen yang menganggap dia cuba memikat Amira.
“Saya
memang sering gunakan ayat ‘pick up line’, tapi itu adalah bahan
kandungan saya ketika mengacarakan sesuatu majlis atau di konti.
“Jadi,
di majlis pelancaran single baru Amira baru-baru ini, saya hanya
menjalankan tugas saya sebagai pengacara majlis, dan tak sangka pula
disalah anggap,” katanya.
Kata Radin
lagi, dia juga tidak berniat untuk mencipta gosip, sebaliknya ingin
bekerja keras di dalam industri untuk menyara kehidupannya dan keluarga.
“Saya
sendiri pun dah penat apabila sering dikaitkan dengan artis. Saya
harap, dengan kenyataan ini, ramai yang faham dan tidak salah anggap.
“Lagi
pula, Amira dan keluarganya pun bukanlah artis yang sering dikaitkan
dengan gosip. Jadi, saya tak mahu kerana hal sebegini membuatkan mereka
tak selesa,” katanya.
Ini bukan kali
pertama dia dikaitkan dengan artis popular. Sebelum ini, nama Radin
pernah dikaitkan dengan beberapa artis lain iaitu Ayda Jebat dan Nabila
Razali.
Sumber : Harian Metro
Comments
Post a Comment