Masing-masing bertemu selepas menyertai pertandingan Penyampai Top Malaysia ERA fm pada 2014.
Siapa sangka, rezeki empat pesertanya iaitu Radin, Jaa Suzuran, Hani Fadzil dan Zooey kini berada di bawah satu bumbung mengendalikan program masing-masing di ERA fm.
Kehadiran mereka di situ juga bagaikan memberi rezeki lain apabila masing-masing tidak hanya menjadi penyampai radio, malah turut terbabit dalam bidang pengacaraan di TV dan beberapa iklan komersial.
Bertemu keempat-empat mereka pada sesi temu bual baru-baru ini, masing-masing berkongsi pengalaman selepas menjadi penyampai radio nombor satu Malaysia, ERA fm.
ERA fm juga sehingga hari ini masih kekal menjadi radio nombor satu Malaysia apabila meraih 6.2 juta pendengar.
SUMBER : HARIAN METRO
Comments
Post a Comment