Radin Rai Ulangtahun di Jepun

Diam tak diam, sudah 4 tahun Radin Amir Affendy atau lebih dikenali sebagai Radin ERA berada di industri hiburan sejak dinobatkan sebagai Penyampai Top Malaysia anjuran radio Era.

Menemani malam-malam kita dengan dendangan lagu-lagu popular dalam Super 40 Era, Radin kini sudah boleh berbangga kerana namanya kian menjadi sebutan dalam setiap acara.

Malah, Radin sudah mempunyai pengikutnya sendiri yang akan menyokong dalam setiap acara yang melibatkannya. Kelibat #radinrangers akan kelihatan setiap kali berlangsungnya acara yang melihatkan jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini.

Berbintang Pisces, tuturnya sangat sopan dan berbudi bahasa. Walaupun adakalanya bicaranya terlihat nakal, selamba dan bersahaja. Ternyata tidak sukar untuk jatuh hati pada Penyampai Radio Popular ABPBH30 ini.

Selain Super 40 Era, anda boleh menyaksikan kemampuan Radin dalam Program Bual Bicara berbentuk keagamaan, Kashoorga Talk yang sedang ditayangkan setiap Rabu jam 9 malam di Astro Oasis.

Tahun ini, negara matahari terbit menjadi pilihannya untuk meraikan 4 tahun penglibatan dalam arena hiburan selepas menjejak Turki pada tahun lepas.

Semoga kejayaan demi kejayaan akan tercipta untuk Radin Amir Affendy.

Layan foto-foto Radin di Jepun.











Sumber : Watleks Media

Comments